Penyediaan dan Contoh Resume
Resume adalah antara perkara paling penting dalam proses
mendapatkan pekerjaan
Credit: Dilbert ComicIa merupakan dokumen berkenaan peribadi pemohon yang akan digunakan oleh majikan bagi menilai sama ada pemohon layak dipanggil menghadiri sesi temu duga atau tidak. Dari sudut yang lain, resume juga dijadikan medium untuk menonjolkan citra (imej) pemohon terhadap majikan. Kebiasaannya resume dihantar beserta sekali dengan surat permohonan bagi menyatakan tujuan resume itu dihantar.
Ringkasnya, kedua-duanya perlu disediakan dengan teliti kerana ia adalah titik permulaan sesi pengenalan pertama (ta'aruf) antara kedua pihak, pemohon dan majikan. Demikian juga halnya apabila kini ramai yang mencari jodoh atau teman menerusi laman sosial Facebook. Sebelum bersua muka, profail semestinya disuai kenal bagi memastikan ia kelihatan menarik.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyediakan surat permohonan adalah
- Surat mesti menyatakan dengan jelas jawatan yang ingin dipohon dengan merujuk tawaran iklan yang dibuat oleh majikan. Terdapat juga majikan yang mengiklankan pelatih pengurusan (management trainee) tanpa menyatakan secara khusus jawatan yang akan diberikan
- Surat mesti ringkas dan menyatakan kelayakan diri dengan terang dan bertepatan dengan kesesuaian jawatan yang dipohon. Elakkan menulis segala-galanya berkenaan diri anda
- Tonjolkan yang anda tahu dan minat mengenai jawatan, syarikat dan lapangan kerja yang ingin diceburi dalam satu perenggan yang pendek dan padat.
- Surat mesti dialamatkan kepada individu atau jabatan yang bertanggung jawab membuat penyenaraian.
- Semak ejaan dan tatabahasa yang digunakan agar mesej yang terkandung dalam resume dan surat permohonan itu senang difahami
Bagaimana pula memastikan resume yang disediakan dapat menarik perhatian majikan untuk memanggil anda ke sesi temuduga? Berikut adalah beberapa tip berguna bagi graduan dalam menyediakan resume yang berkesan
- Nyatakan kemahiran berkaitan jawatan yang dipohon secara khusus. Contohnya jika anda tahu menggunakan application software seperti UBS yang dapat membantu anda dalam tugasan perakaunan. Hal ini boleh jadi value added yang dapat membuatkan pihak sumber manusia merasa memerlukan anda.
- Ayat dan perenggan mesti ringkas dan bermaklumat. Surat permohonan biasanya hanya mengandungi tiga perenggan dalam satu muka surat dan resume biasanya disediakan dalam tiga helaian
- Penggunaan font face yang bersesuaian juga banyak membantu. Sebagai contoh, biasakan menggunakan font berbentuk Arial ataupunTimes New Roman dan elakkan bold dan italic dalam surat permohonan anda. Lihat contoh disini »
- Gunakan ciri bullet atau Numbering bagi menonjolkan pengalaman atau skill yang anda ada didalam surat permohonan
