Ciri-ciri Tugas Perhotelan
Organisasi Perhotelan mempunyai banyak bidang pekerjaan yang dapat ditawarkan. Antara bidang-bidang utama ialah bahagian pengurusan, perkhidmatan menyambut tetamu, perkhidmatan makanan dan minuman, kulinari, kejuruteraan, seni taman, pereka hias, pemasaran dan lain-lain. Industri perhotelan yang bermaksud hospitable mempunyai makna seseorang yang suka memberi perkhidmatan ataupun meraikan sesuatu. Dengan itu, sesiapa yang berminat berkecimpung dalam bidang ini perlu mempunyai ciri-ciri utama seperti:
- Jujur » Kejujuran penting dalam setiap perkara yang kita lakukan. Tambahan pula, perkerjaan ini memerlukan anda berurusan dengan pelanggan dibilik. Sekiranya pelanggan meninggalkan barang yang berharga di dalam bilik, andalah yang perlu dipertanggung jawabkan.
"Biasakanlah bersikap jujur sekalipun dihadapanmu terlihat bahaya, sebab itu bukanlah bahaya tetapi bahagia." ~ Nabi Muhammad S.A.W
- Personaliti yang Menarik » Mempunyai perawakan yang menarik dan mampu menarik perhatian pelanggan dengan layanan istimewa. Sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Menjaga pembawaan diri di khalayak ramai (uswatun hasanah).
- Berbudi Bahasa » Bersopan santun adalah amalan mulia yang disenangi oleh semua orang. Boleh berbicara dengan baik dan mengatasi kesulitan dengan cara yang berkesan
- Berkomunikasi dengan baik » Seseorang itu perlu bersikap terbuka dan dapat berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat kerabat diraja, perdana menteri hingga kalangan orang biasa. Sekiranya anda boleh berkomunikasi dengan semua tingkatan, maka benarlah pilihan kerjaya anda ini.
- Sensitif » Sensitif pada pelanggan dan mengambil berat keadaan pelanggan. Sentiasa menunjukkan minat yang tinggi pada tugas yang dilakukan. Mengambil kira perasaan pelanggan apabila berurusan dengan mereka.
Terdapat banyak ciri-ciri yang lain diperlukan dalam berbagai cabang bidang tugas-tugas yang ada di hotel. Tetapi apa yang disampaikan disini adalah ciri umum yang semestinya ada untuk menggalang skop tugas yang diceburi
